Wednesday 9 October 2013

Road to IGAN


          Kampung Igan begitu unik tempatnya kerana terletak di kawasan sempadan beberapa daerah kecil seperti Daerah Kecil Oya dan Daerah Kecil Matu. Bagi peringkat pentadbiran Kerajaaan Negeri pula, Daerah Kecil Igan ditadbir oleh Daerah Matu-Daro, Sarikei. Manakala urusan berkaitan Jabatan-jabatan Kerajaan Persekutuan ditadbir oleh Bahagian Sibu.

          Untuk sampai ke Kampung Igan, atau secara khususnya ke SK Kampung Igan, beberapa peringkat perjalanan perlu dialui untuk sesiapa sahaja yang mahu ke sini. Khususnya, jika anda sekarang berada di semenanjung Malaysia, sudah tentu anda perlu melalui jalan udara untuk ke Negeri Sarawak Bumi Kenyalang ini. Jika anda berasal daripada semenanjung, dokumen yang perlu anda sediakan untuk memasuki Negeri Sarawak ini ialah Dokumen Perjalanan Terhad ( DPT ) atau Passport.


Contoh DPT dan PASSPORT

    Jadi, setelah anda menyediakan dokumen yang diperlukan, anda boleh lah menaiki penerbangan ke Sarawak daripada semenanjung. Untuk ke Kampung Igan yang terletak di bahagian tengah Sarawak, anda perlulah menaiki penerbangan ke Sibu. Untuk ke Lapangan Terbang Sibu, penerbangan hanya boleh berlepas hanya daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ( KLIA ) di Kuala Lumpur ataupun Lapangan Terbang Senai di Johor Bahru. Jika anda daripada lapangan terbang negeri yang lain, anda terpaksa transit di KLIA dahulu. Jika dari serata Sabah dan Sarawak, mungkin anda tidak menghadapi masalah untuk ke Lapangan Terbang Sibu.


Senarai Lapangan Terbang di MALAYSIA

orang Sarawak panggil ni BELON tau

          Sibu merupakan salah satu bandar dan bahagian di Negeri Sarawak ini. Ia terletak di pertemuan Sungai Rajang dan Sungai Igan, kira-kira 60km dari laut. Kebanyakan penduduknya berbangsa Cina Foo Chow dan Iban dari batang Rajang serta terdapat juga penduduk bumiputera lain seperti kaum Melanau dan Melayu.
      
Lapangan Terbang Sibu







Full-view Sibu

         Jadi, untuk meneruskan perjalanan kita ke Kampung Igan daripada bandar Sibu. Kita boleh melalui 3 jalan, iaitu jalan udara, air dan darat. Yang pertama, jika melalui jalan udara, kita boleh menaiki penerbangan yang dikendalikan oleh anak syarikat Malaysia Airlines            ( MAS ) iaitu MASWINGS ke bandar Mukah dengan menaiki pesawat yang kecil, yang dipanggil 'twin otter'. Pesawat ini hanya boleh menampung sehingga 17 orang penumpang sahaja. Sampai sahaja di bandar Mukah, anda mungkin terpaksa menghubungi kenalan atau sahabat handai jika ingin ke Kampung Igan kerana tiada bas yang pergi ke Kampung Igan daripada bandar Mukah.


'Twin Otter' milik MASWINGS





Bandar Mukah

          Jika anda melalui jalan air pula, daripada Lapangan Terbang Sibu, anda perlulah menaiki teksi ke Terminal Express Sibu atau penduduk tempatan memanggilnya 'wharf'. Di sana anda boleh menaiki bot laju ataupun bot express yang akan menyusuri Sungai Rajang yang terkenal. Jika anda menaiki bot laju, destinasi anda hanyalah ke pekan Dalat tetapi jika anda menaiki bot express pula, anda boleh terus ke Kampung Igan, dimana nanti anda akan diturunkan di Pasar Igan yang terletak di Kampung Sekerang Igan. Perjalanan menaiki bot mengambil masa 2-3 jam bergantung kepada cuaca.



Sibu Wharf Express
Bot Laju


Bot Express


'Wharf' Dalat


          Akhir sekali, jika anda berhasrat untuk melalui jalan darat, daripada Lapangan Terbang Sibu anda perlu menaiki teksi ke Terminal Bas Sibu. Di sana, anda perlu cari perkhidmatan bas ke bandar Mukah. Ada beberapa syarikat pengangkutan yang menyediakan bas ke sana. Perjalan menaiki bas mengambil masa kira-kira 3 jam untuk sampai ke destinasi, iaitu bandar Mukah.


Bus Asia antara syarikat bas yang menyediakan perkhidmatan bas ke bandar Mukah
          
Papan tanda di simpang ke sekolah

          Jadi, jika anda ada berhasrat ingin ke sekolah kami, SK Kampung Igan, kami dengan berbesar hati dan sangat mengalu-alukan kedatangan pihak anda. Jom ke IGAN ! !





Persedian Kejohanan Balapan dan Padang Pembangunan MSS Daerah Dalat 2013

     
          Pada 10-11 Oktober 2013, akan berlangsung acara tahunan Kejohanan Balapan dan Padang Pembangunan MSS Daerah Dalat yang akan diadakan di Stadium Perpaduan Dalat. Sehubungan dengan itu, warga SK Kampung Igan bertungkus-lumus mengadakan persiapan rapi bagi menghadapi acara tahunan ini. pelbagai persiapan yang telah dirancang dan diatur dengan teliti oleh Penolong Kanan Kokurikulum SK Kampung Igan, En Zulkifli bin Abdullah dan dibantu oleh barisan jurulatih yang berpengalaman dan penuh dedikasi bagi meraih sebanyak mungkin pingat emas di kejohanan tersebut.

Latihan Trek

Latihan Lompat Jauh

Latihan Lompat Tinggi

Latihan Lontar Peluru

Rajinnya jurulatih kami....penuh komited menjalankan tugas yang diberi

          Jadual latihan telah disusun oleh PK Koko SK Kampung Igan sendiri dan latihan intensif ini telah dijalankan sejak bulan Ogos lagi. Jurulatih-jurulatih pula sentiasa setia melatih, mengadirkan diri setiap petang dan mengorbankan masa berharga mereka sendiri tanpa mengarapkan langsung balasan. Namun, jasa-jasa mereka ini sepatutnya dihargai dengan penghargaan yang setimpal. Bak kata orang, biar lah berbaloi dengan apa yang telah dikorbankan. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua jurulatih yang terlibat, tak kira secara langsung atau tidak langsung sepanjang latihan intensif ini. Origato Gozaimas ! !

Gambar Kontinjen Olahraga SKKI bersama barisan Jurulatih yang terlibat

          Harapan warga SK Kampung Igan ialah untuk melihat barisan atlit-atlit kita berjaya di kejohan tersebut sekaligus mengharumkan nama sekolah yang tercinta. Doakan kejayaan mereka nanti ya. 

INSAN GEMILANG ASPIRASI NEGARA